NADI X NURTURE: WEBINAR EKELAS USAHAWAN AI UNTUK MENCIPTA KANDUNGAN
3 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 03 Februari 2026 bersamaan hari Selasa, Webinar eKelas Usahawan AI untuk Mencipta Kandungan telah diadakan. Tujuan utama program ini adalah untuk mendedahkan para usahawan dan pencipta kandungan kepada potensi kecerdasan buatan (AI) dalam mempercepatkan proses penciptaan kandungan yang kreatif, menarik, dan berkesan untuk menarik perhatian pelanggan serta mengurangkan tekanan dalam penghasilan idea.
Aktiviti Utama:
- Pengenalan AI untuk Pencipta Kandungan
- Menjana Idea Kandungan Tanpa Tekanan
- Penggunaan Alat AI yang Menjimatkan Masa
- Strategi Meningkatkan Perhatian Pelanggan
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk meneroka potensi AI sebagai alat bantu berkesan dalam menjana idea, mempercepatkan proses penghasilan kandungan, serta meningkatkan daya tarikan pemasaran digital mereka. Usahawan kini lebih bersedia untuk memanfaatkan teknologi ini bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing di pasaran digital yang pantas berkembang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: